Video sekitar acara sulung kami, "Suai Kenal HIKMAH"
di Yayasan Restu, Shah Alam 4 Nov 2012 bersamaan 19 Zulhijjah 1433 Hijrah

Terbitnya HIKMAH

Melihat perkembangan mutakhir sejak beberapa tahun ini di mana umat Melayu Islam di Malaysia diasak dari pelbagai arah, umat Islam umumnya seluruh dunia ditekan dengan pelbagai peristiwa yang kelihatan dirancang untuk menjatuhkan agama yang syumul ini, ramai yang mula bimbang tentang nasib mereka, agama, bangsa dan negara akan datang. Sesungguhnya segala yang terjadi itu seperti membenarkan hadis-hadis Nabi Muhammad SAW tentang peristiwa akhir zaman di mana dikatakan umat Islam akan disembelih di mana-mana dan kamu tidak dapat berbuat apa-apa. Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) diwujudkan Jumaat malam Sabtu, 12 Oktober 2012 sebagai reaksi terhadap perkembangan yang menggelisahkan ini. Ia adalah ikatan longgar para pengkaji/peminat sejarah dan budaya Melayu dan Islam yang sering berbincang dan berhubung melalui Internet terutama di Facebook.

HIKMAH adalah lanjutan daripada cadangan untuk mengadakan satu sesi kecil seminar/syarahan tentang sejarah Melayu Islam oleh penulis bebas Radzi Sapiee, graduan matematik dari University College of London dan bekas wartawan The New Straits Times yang telah menulis trilogi novel pencarian jati diri Melayu Islam bertajuk “Berpetualang ke Aceh” (terbit 2006-2007). Penulis memiliki sejumlah peminat dan pengikut tersendiri yang selalu mengikuti perkembangannya melalui penulisan dan perkongsian pendapat serta pengalaman hidup di blog juga di Facebook. Apabila ditawarkan untuk menggunakan sebuah dewan yang katanya boleh memuatkan lebih 200 orang, penulis pun mengajak rakan-rakan dan kenalan turut sama berkongsi buah fikiran. Dalam masa yang singkat HIKMAH mendapat sambutan di luar dugaan. Walaupun menghadapi beberapa halangan termasuk dibatalkan penggunaan dewan pada saat-saat akhir akibat campur tangan pihak yang bermotifkan politik, acara pertama HIKMAH yang dikecilkan daripada cadangan asal lalu dijadikan acara santai “Suai Kenal HIKMAH” tetap dapat diadakan dengan jayanya Ahad 4 November di Shah Alam.

Walaupun baru diterbitkan cuma 3 minggu HIKMAH terbukti berjaya menyatukan umat Melayu Islam dari pelbagai latar belakang tanpa mengira kecenderungan politik. Seramai 350 orang termasuk aktivitis perkerisan, persilatan, perubatan tradisional, kebudayaan malah para pemimpin tareqat telah berkumpul untuk berkongsi rasa tentang nasib orang Melayu Islam akhir zaman. Atas keyakinan ini acara susulan yang diberi nama “Wacana Ilmu Memartabatkan Kembali Kegemilangan Tamadun Melayu” pun diatur untuk dibuat Ahad 25 Nov di Melaka. Ia mendapat sokongan Persatuan Guru-Guru Beladiri Melaka (MAGMA Melaka) dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Tidak lama kemudian kerajaan negeri Melaka pun turut serta sebagai penganjur bersama malah memasukkan acara ke dalam kalendar tahunan program negeri. Sambil itu sudah ada pihak menjemput agar acara HIKMAH diadakan di Perak dan Kelantan.

------------------------

Nota (ditulis 2 Jun 2013) : Adapun penulisan di atas dibuat ketika HIKMAH sedang bersedia untuk mengadakan acara keduanya iaitu di Melaka 25 Nov 2012. Selepas itu acara ketiga telah diadakan di Lumut, Perak 27 Jan 2013, acara keempat pula di Kandis, Bachok, Kelantan 16 Mac. Kini kami sedang bersiap-sedia untuk mengadakan acara kelima di Kuala Terengganu 5-8 Jun, kali pertama acara HIKMAH diadakan melebihi 1 hari.

Biar diberitahu kemungkinan besar ia adalah acara terakhir HIKMAH sebelum hujung tahun. Selain penat mengatur acara, pengasas HIKMAH iaitu Radzi Sapiee perlu berehat menanti penyembuhan kecederaan agak serius kaki yang dialami mula sebulan lalu. Beliau juga ingin kembali pada satu usaha penulisan buku yang tergendala setahun lalu, usaha tergendala yang tanpa diduga boleh membawa pada penubuhan HIKMAH 12 Okt 2012. Harap maklum...

Friday, January 4, 2013

Kembali kepada misi asal perjuangan - Mengenang hari-hari awal tercetusnya HIKMAH

Artikel istimewa untuk malam ini. Nanti akan diceritakan sebabnya...



Assalamualaikum semua. Hari ini kita melihat HIKMAH semakin membesar dan perjuangannya mendaulatkan Melayu dan Islam diiktiraf bukan sahaja di peringkat nasional malah sudah sampai ke peringkat antarabangsa. Apabila kawan-kawan dari luar Malaysia, dari Singapura, dari Indonesia, dari tempat-tempat seperti Aceh dan Riau telah dapat menghayati perjuangan HIKMAH lalu turut serta bergerak sama mewar-warkan dan mengembangkannya itu satu tanda bahawa gerakan ini mendapat restu bukan sahaja manusia Melayu Islam yang nyata tetapi pihak-pihak di luar penglihatan dan pancaindera biasa kita. Namun seringkali apabila sesuatu organisasi yang membawa perjuangan syumul menjadi besar, syaitan iblis dan musuh lain malah nafsu sendiri mula bergerak menggagalkannya. Di ketika ada pihak dicuit bisikin busuk menganggap HIKMAH diterbitkan untuk mendapat nama atau ada agenda lain daripada perjuangan mulia saya rasa elok kita melihat ke belakang dan menghayati kembali bagaimana HIKMAH bermula.



HIKMAH secara rasminya bermula pada hari Jumaat malam Sabtu 12 Oktober 2012 apabila saya tergerak untuk membuka page di Facebook lalu mewar-warkannya. Ketika itu hampir jam 11 malam. Baru sahaja diletakkan sudah ada sambutan.



Tidak lama selepas itu baru saya mula memberi bunga-bunga tentang apa yang mahu dilaksanakan atas nama HIKMAH...









Penerangan pun diberi bagaimana nama HIKMAH boleh timbul...



Boleh tahan ramai yang tertarik sehingga logo topi pada page pun menarik minat. Rujuk artikel Mahkota Sultan Malikus Salih dan dua Nur dalam hidupku...



Untuk mencantikkan page, gambar lingkungan kekuasaan kekhalifahan Islam di sekitar Timur Tengah pun dipilih.



Beberapa prinsip asas dalam HIKMAH diterangkan agar agenda penyatuan dapat dilaksanakan.



Esoknya Sabtu 13 Oktober penerangan mula dibuat tentang acara yang mahu dibuat HIKMAH.






Penerangan lanjut boleh dilihat dalam artikel Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH) di blogspot CATATAN SI MERAH SILU.



Tidak lama kemudian tempat dan masa pun dicadangkan dan terus mendapat maklum balas positif.






Saya pun membuka event page istimewa untuk acara. Oh, semasa itu acara tersebut cuma dipanggil Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman (HIKMAH). Tapi bila saya copy and paste balik dari fail lama di FB terkeluar nama pertukaran yang dibuat lebih 2 minggu kemudian.



Sambil isi acara diwar-warkan sambil itu ia dirancang berdasarkan maklum balas kenalan dan kawan-kawan. Memang HIKMAH asalnya terbit supaya suara-suara yang selama ini cuma dapat berkumandang melalui penulisan di Internet dapat diangkat naik ke dunia nyata. Tetapi itu tidak bermakna tidak ada orang berkedudukan yang suaranya sudah sedia diikuti ramai berada di kalangan kami. Cuma wadah ini memberikan mereka lebih peluang untuk menyatakan sesuatu tanpa perlu risau dengan protokol dan batas-batas tertentu seperti yang wujud dalam kebanyakan acara rasmi.




Perincian majlis mula dibuat.



Ahad 14 Oktober, 2 hari setelah HIKMAH diterbitkan baru saya berkongsi lebih lanjut tentang visi.



Isteri kesayangan banyak membantu memberi erti...



Minat yang nyata mula ditunjukkan ramai orang.












Sambil itu saya teringat janji peribadi untuk menolong satu kumpulan di Aceh menyelamatkan sebuah tapak bersejarah. Saya rasa boleh menolong melalui HIKMAH dan memang pun ia kemudian menjadi kenyataan. Tetapi itu adalah cerita yang terlalu ke hadapan.




Semakin lama acara semakin terisi.






Hal ini menyebabkan rancangan asal membuat acara setengah hari dipanjangkan ke petang.







Isnin 16 Oktober bantuan lain untuk menjayakan acara mula datang secara sukarela tanpa dipinta.







Acara yang semakin membesar menyebabkan perlu dilakukan pertukaran tempat selain mewar-warkan keperluan mendapatkan pertolongan.








Artikel mengenang ini cukuplah ditamatkan dengan melihat aktiviti 5 hari terawal sahaja. Kini segalanya telah menjadi sejarah dan terbukti HIKMAH bukan acara mahupun kumpulan picisan. Sekarang kita harus bertafakur dan ingat bagaimana semuanya bermula. Kita harus ingat perjuangan untuk mendaulatkan Melayu dan Islam ini milik orang ramai. 

Diakui kita harus mengangkat raja dan para pembesar sebagai tempat tumpuan payung melaksanakan kerja. Tapi jangan lupa ini dilakukan untuk orang ramai jua. Jangan sampai orang ingat mentang-mentang HIKMAH dah diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa, maka kita asyik nak layan VIP/VVIP aje. Jangan lupa, ketika kita memulakan acara sudah ada ramai juga VIP/VVIP di kalangan kita sendiri, orang yang ada kedudukan, pangkat, para kerabat diraja dan sebagainya tetapi tidak canggung duduk bersama bersila di atas lantai cuba meresapkan aura perjuangan di sebalik kata-kata yang diungkapkan agak lembut dan bersahaja tetapi penuh makna. Jangan kerana hendak mengangkat sangat HIKMAH kita jadi terlalu terikat dengan protokol sehingga tanpa sedar menyekat langkah dan luahan jujur orang ramai yang telah bersama menjunjung perjuangan kita sejak dari mula.

Oh. Apakah istimewanya malam ini? Malam ini Sabtu malam Jumaat juga seperti halnya ketika HIKMAH bermula. Dari malam ini yang bertarikh 4 Januari 2013 membawa ke acara ketiga HIKMAH di Lumut 27 Januari ada 23 hari lagi. Ini sama keadaannya ketiga acara pertama HIKMAH mahu berlangsung. Acara diwar-warkan pada Sabtu malam Jumaat 12 Oktober 2012 dan 23 hari kemudian iaitu pada 4 Oktober ia pun dapat diadakan dengan jayanya di Shah Alam, Selangor. Untuk acara kedua HIKMAH di Melaka yang berlangsung 25 Oktober, countdownnya tak sama kerana ia berlangsung 21 hari selepas acara pertama.

Untuk acara ketiga kita ada jarak yang boleh tahan lama untuk merancang kejayaannya. Tidak seperti HIKMAH pertama yang bermula dengan kosong sebelum disokong ramai secara sukarela, HIKMAH ketiga bergerak ketika HIKMAH kedua sudah pun diiktiraf sehingga dijadikan acara tahunan negeri Melaka. Acara di Lumut, Perak harus dapat dilaksanakan lebih berjaya apalagi ketika ayat ini ditulis pada jam 11.30 malam 328 orang sudah menyatakan di FB tentang kedatangan mereka. Ramai lagi pula akan menyusul kerana sudah menyatakan komitmen tanpa memasukkan nama. Jaga nawaitu, hayatilah misi asal perjuangan. Insyaallah pelbagai bantuan berserta kedatangan manusia nyata dan ghaib dari arah tidak disangka akan muncul seperti berlaku pada HIKMAH I dan HIKMAH II. Amin.


2 comments:

  1. Assalammu'alaikum...wrt. Tahniah.
    Semoga HIKMAH 3 dirahmati Allah Ta'ala....Aminnn.

    Saya akan berusaha untuk hadir kali ini, insyaAllah. Doakan....

    ReplyDelete
  2. Wassalam. Datang, datang. Sila datang. Bawak kawan2...

    ReplyDelete